SEKARANG ANDA BERADA DI: Home Projek Ekonomi Asnaf D'asnaf Edar

Pusat Pembangunan Usahawan Asnaf Zakat

Troli Anda

Troli anda kosong.

D'asnaf : D'asnaf Edar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

D’asnaf Edar merupakan salah satu projek di bawah Pusat Pembangunan Usahawan Asnaf Selangor (PPUAS). Projek ini adalah bertujuan untuk memasarkan produk usahawan asnaf serta bekas asnaf dibawah lima tahun bagi membantu usahawan menjana pendapatan serta mampu menjadi pembayar zakat. Dibawah pengurusan D’asnaf Edar, usahawan-usahawan asnaf yang sediada akan diberikan pendedahan tentang pemasaran produk melalui bimbangan dan sokongan serta untuk membawa produk mereka lebih berdaya saing dalam pasaran. D’asnaf Edar juga merupakan batu loncatan bagi usahawan untuk menjalinkan jaringan perniagaan dengan agensi-agensi kerajaan serta badan korporat yang terlibat dalam pemasaran produk.

 

D’asnaf Edar turut dibantu oleh perunding yang dilantik oleh pihak pengurusan bagi membantu di dalam urusan pemilihan , pembangunan sehingga keperingkat pemasaran produk.

D’asnaf Edar telah diberikan tanggungjawab untuk memasarkan produk asnaf. Tumpuan utama adalah produk D’asnaf kraf yang juga merupakan salah satu projek dibawah PPUAS. Selain itu D’asnaf Edar juga turut berperanan memasarkan 3 jenis produk iaitu mini popia, kuah rojak serta tepung serbaguna. Ketiga-tiga produk ini merupakan hasil keluaran asnaf yang berbeza. D’asnaf Edar turut diberikan tanggungjawab membantu usahawan asnaf yang lain terutamanya penerima bantuan modal daripada LZS dalam pemasaran produk mereka.

 

 

Senarai  Produk

 

  1. Mini popia
  2. Tepung goreng pisang
  3. Kuah rojak
  4. Pelbagai Kerepek
  5. Sabun Aroma
  6. Barangan cenderamata dan kraftangan
  7. Bahulu
  8. Coklat

 



D'Asnaf Google +1

Cari Produk